Q & A  

Posted

MORE UPDATE SOON ...

Q: Saya telah didiagnosis dengan kolesterol darah tinggi. Apa yang harus saya lakukan? 
A: Kolesterol darah tinggi adalah disebabkan oleh kadar kolesterol yang terlalu tinggi dalam darah. Ia boleh
meningkatkan risiko penyakit jantung. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kolesterol tinggi termasuklah diet tinggi lemak dan berkolesterol, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol yang berlebihan, tekanan darah tinggi dan faktor genetik.
Seseorang yang mempunyai kolesterol darah tinggi haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan berkolesterol seperti daging, makanan laut, produk tenusu, telur kuning, makanan bergoreng dan makanan ringan. Kurangkan berat badan jika perlu. Bersenamlah selalu dan aktif secara fizikal serta minum sekurang –kurangnya 2 liter air sehari adalah amat penting. Forever Aloe Vera Gel yang kaya dengan serat yang boleh membantu membersihkan usus justeru membantu menyahtoksik tubuh. Forever Garlic Thyme boleh membantu meningkatkan metabolisme lemak dan sistem keimunan badan.
Forever Arctic Sea Omega 3 mengandungi EPA, DHA dan Asid Oleik yang boleh membantu meningkatkan
metabolisme lemak dan menurunkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dalam tubuh.

Q: Saya mempunyai masalah akne yang serius sejak remaja. Apa yang patut saya lakukan?

A: Akne adalah masalah kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Jerawat terhasil apabila folikel di bawah kulit tersumbat disebabkan oleh kelenjar minyak yang terlalu aktif. Kebanyakan jerawat terdapat di bahagian muka, leher, belakang badan, dada dan lengan. Sesiapa sahaja boleh mendapat akne, tetapi ia adalah lebih umum di kalangan remaja dan dewasa. Faktor yang menyumbang kepada akne termasuklah ketidak- seimbangan hormon, tekanan, diet yang kurang sihat, kurang tidur, pencemaran persekitaran dan pengumpulan toksin dalam badan. Jadi, adalah penting untuk mencuci muka anda dengan Aloe
Liquid Soap, diikuti dengan Rehydrating Toner dan pelembap muka Aloe Vera Gelly. Sekali
seminggu, gunakan pupur muka seperti Forever Marine Mask, yang boleh membantu mengeluarkan
kotoran dan minyak. Selain itu, lebihkan pengambilan serabut dan bersihkan saluran pencernaan dengan Aloe
Vera Gel, kerana kulit yang sihat datangnya usus yang sihat. Ambil Forever Bee Propolis, antibiotik
semulajadi yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan dan Forever Royal Jelly boleh
membantu mengawalatur
hormon badan.

Q: Doktor baru mengesahkan saya menghidap buasir. Apa yang patut saya lakukan?

A: Buasir adalah kebengkakan dan keradangan urat darah di sekitar dubur atau dalam dubur. Buasir luaran terletak di bawah kulit sekitar dubur manakala buasir dalaman terdapat di bahagian bawah rektum.
Gejala-gejala buasir dalaman ialah darah merah cerah pada najis, pada kertas tandas, atau di dalam mangkuk tandas itu selepas membuang air besar. Buasir luaran boleh mengakibatkan bengkak
yang sakit dan berdarah. Beberapa faktor yang boleh menyebabkan buasir. Ini termasuk sembelit kronik atau cirit-birit, meregang semasa pergerakan usus, duduk dalam tandas untuk tempoh masa yang panjang dan
kekurangan serat dalam diet. Kehamilan juga boleh menyebabkan buasir, disebabkan tekanan yang meningkat pada bahagian abdomen, yang mengembangkan urat darah di rektum atau dubur. Diet yang mudah dan perubahan gaya hidup kerap membantu mengurangkan kebengkakan buasir dan melegakan gejala-gejala
buasir. Pastikan anda memakan makanan berserat tinggi seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian anda. Selain itu, penambahan suplemen seperti Gel Aloe Vera yang kaya
dengan zat makanan, boleh membantu dalam pergerakan usus dan mengurangkan keradangan dan gejala buasir. Fields of Greens adalah berguna untuk mengatasi masalah sembelit, terutamanya apabila
diambil bersama dengan Gel Aloe Vera. Anda boleh menyapu Aloe Vera Gelly yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-keradangan pada buasir luaran.

Q: Saya seorang vegetarian dan bimbang diet saya tidak dapat membekalkan zat yang mencukupi. Apakah suplemen nutrisi yang harus saya ambil?
A: Diet vegetarian sekiranya tidak dirancang dengan baik, boleh menyebabkan kekurangan beberapa nutrien penting seperti vitamin B12, kalsium, protein, zink dan besi. Untuk memenuhi keperluan nutrisi setiap hari, anda harus mengambil pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang, biji-bijian, cendawan dan rumpai laut. Anda juga digalakkan untuk meningkatkan penyerapan zat besi dan zink dengan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C bersama makanan harian anda, contohnya segelas jus buahbuahan, sayur-sayuran segar atau buah. Untuk protein dan kalsium, cubalah mengambil dua
hidangan produk tenusu atau susu soya sehari. Suplemen nutrisi juga boleh membantu. Forever B12 Plus
(mengandungi vitamin B12 dan asid folik) amat diperlukan, kerana vegetarian kekurangan sumber terbaik vitamin B12 iaitu daging dan produk haiwan. Aloe Vera Gel dan Forever Bee Pollen boleh bertindak sebagai multi - vitamin, kerana kedua-duanya kaya dengan vitamin, mineral, asid amino dan enzim. Forever Lite bukan sahaja membekalkan protein berkualiti tinggi yang mudah dicernakan, tetapi juga membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk menyokong kesihatan keseluruhan.

Q: Saya mempunyai haid yang tidak teratur baru-baru ini. Apa yang menyebabkan masalah ini ?

A: Jika anda mempunyai haid yang tidak teratur, anda tidak akan tahu bila haid anda akan datang. Faktor-faktor yang menyebabkan haid tidak teratur termasuklah ketidakseimbangan hormon, tekanan hidup yang tinggi, pertambahan dan pengurangan berat badan yang signifikan, pemakanan yang tidak seimbang, mempunyai masalah rahim seperti fibroid, cyst dan endometriosis. Memiliki haid yang teratur amat penting
bagi wanita, ini kerana haid yang tidak teratur boleh mempengaruhi kemampuan seseorang wanita untuk hamil. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu wanita memiliki haid yang teratur. Mengikuti diet yang sihat dan seimbang, bersenam selalu, menjaga berat badan yang sihat dan menangani tekanan dengan baik adalah penting. Mengambil suplemen yang sesuai adalah penting bagi mereka yang mengalami haid yang tidak
teratur. Aloe Berry Nectar yang mengandungi 100% stabil gel aloe vera yang ditambah dengan ekstrak kranberi boleh membantu untuk mengawalatur ketidak seimbangan hormon.
Forever Royal Jelly, kaya dengan fitohormon boleh membantu untuk mengekalkan sistem hormon
yang normal. Forever Lite bukan sahaja membekalkan kandungan protein yang tinggi tetapi juga vitamin dan mineral yang dapat membekalkan kebanyakan nutrien yang diperlukan setiap hari.
Q: Apakah simptom tipikal asma? Apa yang patut saya lakukan?
A:Asma adalah keradangan kronik pada tiub bronkus (lubang udara) yang menyebabkan kebengkakan dan menyempitkan lubang udara. Ini menyebabkan seseorang itu susah bernafas.
Simptom asma adalah berbeza bagi setiap orang dan berbeza bagi individu yang sama dari semasa ke semasa. Berikut adalah simptom asma yang utama:
• Susah bernafas, khususnya pada waktu malam.
• Bunyi nafas yang berdehit
• Batuk yang mungkin kronik, biasanya lebih teruk pada waktu malam dan awal pagi, dan mungkin selepas bersenam atau apabila terdedah pada udara sejuk dan kering.
• Kesesakan dada mungkin berlaku dengan atau tanpa gejala-gejala di atas.
Jika anda mengalami gejala-gejala di atas, sila berjumpa doktor anda untuk penilaian. Anda boleh mengambil Gel Aloe Vera, Forever Garlic-Thyme, Absorbent-C dan Arctic Sea yang boleh membantu mengurangkan
keradangan pada bronkus, dan menghalang jangkitan pada sistem pernafasan. Ia adalah penting untuk
mengelakkan sebarang alergen asma seperti debu hama, bulu binatang, telur, kacang, asap dan lain-lain yang boleh mencetuskan serangan asma.