TESTIMONI PENGGUNA  

Posted by: UmmuAuni in


TESTIMONI 1


TESTIMONI 2
TESTIMONI 3

Belum cuba belum tau :P InsyaAllah



JOM BUANG LEMAK DALAM BADAN  

Posted by: UmmuAuni in

Jenis-jenis lemak

Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

Lemak Tepu

  • Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
  • Biasanya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
  • Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak Tidak Tepu

  • Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
  • Kebiasaanya daripada tumbuhan
Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu :
  • Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan minyak kelapa
  • Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan marjerin lembut.
Nama lain bagi lemak - trans fatty acids ( asid lemak trans ), shortening, suet (lemak yang membaluti buah pinggang pada kambing & lembu untuk dibuat bahan masakan) , marbling, cream, tallow ( lemak haiwan ), lard ( lemak babi ) dripping( lemak beku), hydrogenated fat ( lemak terhidrogen ) , cis- fatty acid.

3 cara untuk mengurangkan tahap kolesterol

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol

  • Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (sila rujuk jadual Kandungan kolesterol dalam makanan ).
  • Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.
  • Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan
  • Udang , sotong, ketam dan juga kerang - kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil .
  • Sekiranya terdapat masalah , sila dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik.

2. Kurangkan Pengambilan Lemak

  • Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
  • Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
  • Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.
  • Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.
  • Sila rujuk Panduan Pemakanan Malaysia.

3. Tingkatkan Pengambilan Serat

  • Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .
  • Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

BAGAIMANA FOREVER ARCTIC SEA BOLEH MEMBANTU ANDA??

Benarkah makan malam boleh mengakibatkan berlebihan berat badan ?  

Posted by: UmmuAuni in

Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam. Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira samada semasa sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.

Namun begitu, makan malam seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :
  • Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
  • Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau waktu makan semasa di siang hari. Melangkau (skipping) sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.
  • Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.
  • Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya. 
nak baca lagi?? klik la kt informasi :) 

BUANG TOKSIN DALAM BADAN ANDA  

Posted by: UmmuAuni in

Inilah sistem pencernaan kita, di mana makanan yang kita makan akan diproses sebelum zat-zat dalam makanan diserap ke dalam badan

lambung tu perut la :)



tapi mungkin kita tak tau or tak sedar makanan yang kita makan tu ada bahan or pewarna yang boleh menghalang penyerapan zat makanan. mcm mana? bila bahan spt pewarna makanan melekat pada dinding2 perut or usus, ia akan menutup liang2 utk penyerapan zat tu, so zat x dapat la masuk, toksin pon x boleh keluar. so xde makna kite makan makanan berzat kalo x dpt diserap pon dalam badan.

Jom tengok macam mana ALOE VERA GEL bertindak sebagai penyahtoksin dalam badan.




ade apa2 persoalan? x faham? boleh tanya saya, insyaAllah saya boleh bantu :)

MANJAKAN DIRI ANDA DENGAN SET SPA DI RUMAH :)  

Posted by: UmmuAuni

boleh dibeli satu set atau berasingan


tak perlu ada bath tub di rumah, guna baldi pon boleh :) 

rujuk produk penjagaan diri untuk keterangan lanjut



TIPS UNTUK ANDA :)  

Posted by: UmmuAuni in

Tip Penjagaan Kulit
 
• Masa 10pm hingga 4 am adalah masa terbaik untuk kulit
memperbaiki kerosakan dan juga menyerap bahan-bahan
berkhasiat.
• Jangan lupa penjagaan bibir dan kulit badan, jika tidak lapisan
belulang akan bertambah.
• Penjagaan khas diperlukan pada kulit di sekitar mata disebabkan
penghasilan lipid yang sedikit.
• Jangan mencuci muka anda dengan air panas kerana ia boleh
mempercepatkan kehilangan lipid.
• Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menambah
kelembapan.
• Sapu krim pelembap dan minum air sekiranya kulit terasa gatal
(Jangan garu!).
• Letak segelas air di tempat kerja anda untuk meningkatkan
kelembapan di pejabat yang berhawa dingin supaya dapat
mengelakkan kekeringan kulit.